PERINGKAT N.13 INANAM 2008
(By the Organizing Committee, Sugandoi Kaamatan 2008)
1. Syarat Kelayakan
- Peserta hendaklah seorang warganegara, sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapa peserta adalah kadazandusun.
- Peserta hendaklah berumur 17 tahun ke atas
- Peserta yang pernah memenangi gelaran johan sugandoi kaamatan peringkat Negeri/Daerah/N.13 Inanam adalah tidak layak untuk menyertai pertandingan ini.
2. Syarat Pemilihan Lagu
2.1 Pemilihan Awal
- Peserta hendaklah membawa sebuah lagu kadazandusun tulen yang berunsur bersih
- Hanya 10 orang peserta sahaja akan dipilih ke Peringkat Akhir
2.2 Pertandingan Akhir
- Peserta hendaklah membawa 2 buah lagu iaitu SATU lagu wajib dan SATU lagu pilihan sendiri.
3. Syarat Persembahan
- Peserta hedaklah menjaga disiplin dan ditegah daripada mengambil benda yang boleh memabukkan/menghayalkan semasa pertandingan.
- Peserta diwajibkan memakai pakaian tradisional semasa pertandingan akhir.
4. Yuran Pertandingan
-Setiap peserta yang menyertai pertandingan ini dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM10.00 yang mana dibayar bersama dengan penghantaran borang penyertaan.
5. Jadual Pemilihan Awal dan Pertandingan Akhir
- Pemilihan awal akan diadakan pada 4hb Mei 2008 (Ahad) jam 9.30 pagi, bertempat di Dewan Masyarakat Menggatal.
- Peringkat akhir akan diadakan pada 10hb Mei 2008 (Sabtu) bermula jam 10.00 pagi, bertempat di Dewan Masyarakat Menggatal.